PRU15 | Tun M sedia jumpa Anwar bincang kerjasama

2022-10-21 1

Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia untuk bertemu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengadakan rundingan kerjasama menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Malah bekas Perdana Menteri itu berkata sekiranya perlu memulakan langkah untuk bertemu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, beliau bersedia berbuat demikian demi mengalahkan 'kejahatan' yang sangat merosakkan negara.